MEMANCING DI BANDAR PENAWAR, JOHOR | INILAH REALITI - Memancing di Johor

Blog Admin | Sabtu, Januari 18, 2014 | 0 ulasan

<b>MEMANCING DI</b> BANDAR PENAWAR, <b>JOHOR</b> | INILAH REALITI - Memancing di Johor


<b>MEMANCING DI</b> BANDAR PENAWAR, <b>JOHOR</b> | INILAH REALITI

Posted: 25 Dec 2013 07:14 AM PST

Selamat malam semua...

Apa khabar semua?.. Semoga semuanya baik-baik sahaja :)

Hari ni lewat sikit bersiaran.. Maklumlah cuti kan hari ni.. hihi.. 

Cuti-cuti ni anda ke mana?.. Mungkin ada yang pergi jalan-jalan dengan keluarga, pergi kenduri, membeli kelengkapan persekolahan, membeli belah, atau duduk berkumpul di rumah dengan family?....

Saya pula, hari ni ikut encik suami pergi memancing.. Lokasi memancing di Bandar Penawar.. Jauh sikit dari rumah sebenarnya ni.. Port baru ni.. hihi.. Member encik suami yang bagitahu tempat ni.. So, kitorang gi berdua je... Gerak ke sana awal pagi.. Siap bawak 4 joran.. hihi.. Umpan yang digunakan ialah anak ikan keli.. Saya ni tak pandai sangat bab-bab memancing ni.. Semuanya encik suami yang sediakan.. Tugas saya duduk je sebelah joran, tunggu ikan.. hikhik..  

Jom tengok pemandangan tempat kami memancing :




Tapi, tak lama pun.. Kitorang tunggu dalam sejam setengah je.. Sebab encik suami ada hal sikit.. Dapat panggilan dari kawannya.. Masa kitorang nak keluar dari tempat ni, ramai pulak yang baru sampai.. 

Tempat ni dah dekat sangat dengan Tanjung Balau dan Desaru...

Pertandingan <b>Memancing Di</b> Tanjung Emas Muar | Satu <b>Johor</b>

Posted: 24 Dec 2013 01:44 AM PST

Cabaran <b>Memancing</b> &#39;Eco Boat” Kulim 2013 | JTimes

Posted: 26 Nov 2013 05:16 PM PST

KOTA TINGGI 26 Nov.- Hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM20,500 menanti kaki pancing dalam Cabaran Memancing 'Eco Boat" Kulim 2013 yang akan berlangsung di Sungai Johor, Ladang Basir Ismail (Nam Heng), Ulu Tiram, Johor pada hari Ahad 1 Disember ini. Pertandingan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor tersebut adalah anjuran Kulim Malaysia Berhad dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd dan Joran Bagus Sdn Bhd dan ianya terbuka kepada semua warga Malaysia khususnya rakyat Johor.

Pengarah Urusan Joran Bagus Sdn Bhd, Azmi Nan berkata, juara pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan hamper. Menurutnya, pemenang tempat kedua pula akan menerima RM2,000 manakala tempat ketiga (RM1,000) dan keempat (RM500) beserta hamper. "Setiap pemenang layak memenangi lebih daripada satu hadiah dan terbuka kepada orang ramai khususnya kaki pancing untuk menyertai pertandingan ini," katanya yang ditemui di sini. Azmi berkata, bagi pemenang dari tempat kelima hingga ke-10pula masing-masing akan menerima RM300 manakala tempat ke-11 hingga ke-20 mendapat RM200 dan tempat ke-21 hingga ke-30 mendapat RM100 di samping hamper produk Azmi Food Marketing. Beliau berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu membenarkan peserta mendaftar dua batang joran.

Ujarnya, setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100 dimana sebanyak 300 helai T'Shirt disediakan untuk pendaftar terawal. Juara pertandingan ini ditentukan bagi ikan terberat. "Di samping itu penganjur turut menyediakan hadiah RM500 serta hamper bagi bot tangkapan paling banyak selain mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 13 hadiah menarik antaranya motosikal, barangan pancing dan hamper.

Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendaftar secara 'walk-in' di Kedai Pancing Joran Bagus Kota Tinggi dan Pejabat IPPJ Sdn Bhd di Komtar, Johor Bahru atau menghubungi 07-222 1767, 012-785 1505, 019-715 4000, 017-7243823 dan 013-742 6187.

Mat Utie: Trip <b>Memancing di</b> Kelong Acheh, Mersing, <b>Johor</b>

Posted: 22 Sep 2013 03:18 AM PDT

Trip ni trip terdesak dengan sepupu aku..nak kejar dua minggu akan datang yang masing-masing busy, jadi keputusan di buat dengan cepat, dalam 3 hari sebelum trip, terus booking. Trip ni agak kumpau sebab tak dapat ikan besar. Hanya dapat melihat tarikan yang kuat tapi tapi tak sempat nak layan dah terlepas. Yang lain banyak gunakan appollo, dapat lah naikkan selar, kunyit dan beberapa spesis kecil yang lain.

Sampai kat jeti jam 2 petang

Bot yang digunakan untuk mengangkut penumpang ke Kelong, perjalanan mengambil masal dalam 15-20 minit. Jarak dalam 1km je kot. Nampak Kelong dari jeti.

Pemandangan jeti dari atas bot

Pemandangan kelong dari atas bot. Kelong ni dikelilingi pulau menyebabkannya sesuai untuk dibina tanpa risau mengenai monsun.

Sekitar pemandangan di atas kelong

Perangkap untuk mendapatkan umpan hidup. Sotong pun ada. Umpan hidup diberi secara percuma kepada pemancing.

Enjin digunakan untuk menaikkan perangkap. Sangat engineer!

surau

Sekitar pemandangan di atas kelong

Makan malam. Kerapu masak steam, udang goreng pedas, telur dadar dan sayur kacang panjang.

Usah risau pasal makan sebab di sediakan kepada pengunjung enam kali sehari. Air kopi, teh dan oren boleh didapati 24 jam.

Makan malam

Sotong hasil candat

Sepupu aku melayan ulat bulu si pengacau umpan. 

Hasil apollo

Binaan bilik di tingkat atas menjimatkan ruang

Lupa nak ambik gambar bilik. Diorang sediakan tilam, bantal dan etc. Sesuai untuk bermalam. Kemudahan tandas juga A, ada banyak tandas dan bersih.

Geng kaki pancing memang cepat mesra walau baru kenal.

Komen aku.

1. Kelong ini memang 'A' dari segi layanan dan fasiliti

2. Bisnes kelong ini boleh dijadikan sebagai model untuk sesiapa yang ingin mengusahakan bisnes yang sebegini.

2. Lokasi kelong memang terbaik, ikan sekitar kelong memang banyak. Pada pandangan aku ikan tak mahu makan umpan sebab bukan musim, tak kena tide yang sesuai, keadaan arus, suhu dan pelbagai parameter lain. Memancing ni memang banyak faktor kena konsider.

3. Siapa yang berminat nak datang sini, aku rekemen untuk datang pada waktu bekerja. Maksud aku, ambil cuti pun berbaloi sebab, tak ramai orang di atas kelong dan tak berserabut. Boleh memancing dengan lebih bebas.

4. Singaporean memang suka untuk datang ke sini. Kos bagi aku agak mahal, sekitar rm150 per pax per day. Mungkin bagi diorang, murah. Tapi kalau berkemampuan, aku sangat rekemen untuk datang. Dikhabarkan, 10 tahun lalu, tokey kelong berhabisan sekitar rm2million untuk bina kelong ini. Pengalaman yang dapat kalau nak dibandingkan dengan yang apa yang dibayar, priceless.

Hasil ikan yang aku dapat memang tak balik modal dengan kos yang dibayar, maka teknik mengambil hati isteri amat perlu. Terpaksa aku belikan beberapa barang dapur yang menarik sepanjang perjalanan pulang termasuklah daging salai, jagung dan lain-lain. Nasib baik wife senyum, ada can next time boleh buat trip lagi. hahah

fishfinderteam - <b>Johor</b> Bahru: Asas <b>Memancing Di</b> Laut

Posted: 01 Nov 2013 01:46 PM PDT

(Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net)

SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan.

Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner.


Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.


Tekong sedang memilih umpan - alu-alu


Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini! Grin


Kekili eletrik


Anda perlu menyediakan bateri utk menghidupkan kekili eletrik anda!!



Kekili manual


Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable.

Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.


Set jigging



Set2 yang digunakan untuk memancing tenggiri menggunakan teknik 'berhanyut' dan gambar terakhir menggunakan teknik ber'jigging'.


Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan! Grin


Kelengkapan untuk ber'jingging' dan ber'popping'.


Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2.

Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!)

Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!!

Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan.


Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga!


Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!!

Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini...


Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam?
- Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari
- Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar.
- Awal pagi atau subuh
- Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 ulasan