<b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan <b>...</b> - <b>Pancing Johor</b> - Memancing di Johor
<b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan <b>...</b> - <b>Pancing Johor</b> - Memancing di Johor |
- <b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan <b>...</b> - <b>Pancing Johor</b>
- Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat Kulim 2013 ... - <b>Pancing Johor</b> <b>...</b>
- Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk - <b>Pancing Johor</b>
<b>memancing</b></b> mampu jadi produk pelancongan <b>...</b> - <b>Pancing Johor</b> Posted: 03 Apr 2014 01:43 PM PDT SEBAHAGIAN daripada 20 kaki pancing yang terdiri daripada pengamal media pelbagai agensi membuat persiapan untuk memancing ikan di sebuah kelong Pantai Siring, Serkam, Melaka, kelmarin. - Utusan/Gaie Uchel JASIN 31 Mac - Aktiviti memancing di kelong kini menjadi kegiatan yang semakin menarik perhatian dan boleh diketengahkan sebagai produk pelancongan yang mempunyai nilai komersial. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman berkata, aktiviti tersebut wajar dibangunkan memandangkan Melaka terletak di pesisir Selat Melaka dari Kuala Linggi di utara Melaka hingga ke selatan di Sungai Rambai. Menurutnya, keadaan itu sebenarnya memberi kelebihan jika lebih banyak kelong dapat dibangunkan untuk menjadi daya tarikan kaki pancing, khususnya dari luar negeri ini. "Kelong memancing kurang popular di negeri ini kerana hanya beberapa buah sahaja yang diusahakan oleh nelayan atau individu terutama di Serkam, Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang di Sungai Rambai. "Justeru, saya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat kerajaan negeri tidak lama lagi bagi mendapat pandangan untuk membangunkan kelong sebagai aktiviti memancing. "Saya juga akan memikirkan bagaimana peruntukan dapat disalurkan kepada nelayan atau Persatuan Nelayan bagi membangunkan kelong yang dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tandas, bilik mandi, tempat memasak dan jika boleh calet dibina di atas kelong,'' katanya. Beliau mengulas program Santai Memancing Media di Kelong Abu, Pantai Siring, Serkam dekat sini malam Sabtu lalu. Program yang disertai 20 wartawan dan jurugambar dari Utusan Malaysia, Berita Harian, Joran Berita Harian, majalah Umpan, NST, RTM dan Harian Metro itu turut ditaja syarikat Mamee-Double Decker (M) Berhad. Hasan berkata, program tersebut dianjurkan bagi membawa pihak media melihat dari dekat aktiviti memancing di kelong yang mampu menjadi produk pelancongan menarik di negeri ini. "Saya melihat aktiviti memancing di kelong boleh menjadi produk pelancongan utama dan mendatangkan sumber pendapatan tambahan seperti mana dibangunkan di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor,'' katanya. Menurutnya, beliau yakin jika kelong serba moden dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk tempat tidur, aktiviti tersebut mampu mendatangkan pendapatan lumayan kepada mereka yang mengusahakannya. "Aktiviti memancing semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai, khususnya apabila diadakan pertandingan memancing, ramai kaki pancing dari luar Melaka sanggup datang,'' ujarnya lagi. Sehubungan itu, Hasan berkeyakinan tinggi jika aktiviti memancing di kelong dapat diwujudkan lebih banyak lagi khususnya di Melaka Utara iaitu dari Kuala Linggi hingga ke Tanjong Bidara, sekali gus menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Masjid Tanah. Di samping itu, katanya, wujudnya kelong memancing secara tidak langsung boleh menjadi pos keselamatan pesisir pantai dan tempat persinggahan nelayan untuk berteduh jika dilanda ribut dan ombak kuat. Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa buah kelong yang didapati uzur di Kuala Sebatu dan Kuala Sungai Kesang akan dibaik pulih melalui peruntukan yang akan diusahakannya kelak. |
Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat Kulim 2013 ... - <b>Pancing Johor</b> <b>...</b> Posted: 02 Apr 2014 01:47 PM PDT |
Tiga lelaki '<b>memancing</b>' disyaki memecah masuk - <b>Pancing Johor</b> Posted: 27 Mar 2014 01:41 PM PDT |
You are subscribed to email updates from memancing di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan