BLOG JOHOR: 01 di mersing - Pancing Johor - Blogger - Memancing di Johor
BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> mersing - <b>Pancing Johor</b> - Blogger - Memancing di Johor |
BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> mersing - <b>Pancing Johor</b> - Blogger Posted: 08 Feb 2014 01:06 PM PST Mersing merupakan syurga bagi pemancing tetapi ramai dikalangan pemancing tercari-cari tempat terbaik untuk memancing dikawasan sungai yang diketahui banyak terdapat spesis ikan untuk dikail. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan warga tempatan atau anak-anak muda sekitar Mersing merealisasikan hobi memancing ialah di Sungai Mawar,dimana menjadi port saya sejak tahun 80'an lagi. Sungai Mawar terletak di mukim Tanjung Resang iaitu jalan menuju ke Penyabong, dengan melalui jalan ke Endau dan memasuki simpang ke Tanjung Resang iaitu di Batu 7 atau jalan internatif lain iaitu memasuki simpang Air Papan kemudian memasuki persimpangan ke Penyabong akan menemukan jalan ke destinasi iaitu Sungai Mawar. Kebanyakan Jambatan telah dikuatkuasa agar tidak dibenarkan memancing ada juga jambatan yg masih boleh dijadikan port memancing seperti di Jambatan Sg.Mawar tetapi kerap pemancing memancing di waktu malam kerana kurangnya kenderaan melaluinya atau elak dari pancaran matahari disiang hari. Ianya popular sejak dari jambatan kayu lagi ,sekarang jambatan Sg.Mawar telah dinaik taraf menjadi jambatan batu (dibina sekitar awal tahun 2000) SIAKAP DIBURU MANCING ATAS JAMBATAN BATU PEROLEH IKAN BESAR Memperoleh ikan besar seperti pari adalah tidak mustahil kerana Jambatan Sg.Mawar kedudukannya merupakan kuala sungai dimana keluar masuknya ikan-ikan dari laut. Seandai ikan Pari telah tersangkut dimata kail,usah bermain dengannya kerana pari sifatnya gemar melekap dipasir,biarlah pari menjadi lemah. Harus diingat ,usah mengangkat ikan pari yang telah lemah dari atas jambatan kerana kudrat kita tidak mampu, jika pun larat mustahil pari berjaya dinaikkan iaitu kerana bebanannya menyebabkan 'terlucut' atau mulut pari akan 'rabik'.Jadi langkah terbaik,iaitu bawalah pari ke arah tebing (tunda perlahan-lahan dari atas jambatan) agar tidak berputih mata orang cakap. Diharap dengan info yang telah saya berikan dapatlah berkongsi dengan rakan-rakan pemancing yang masih tercari-cari lokasi memancing terutama di daerah sekitar Mersing atau berhajat mencuba tempat baru. Seperti peribahasa "dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Selamat memancing dari: Halaman Pengail Zulkiffleeh |
Jom Merakit <b>di Johor</b> Lama! | Kail Perak Anglers Posted: 16 Feb 2014 05:34 AM PST Sungai Johor memang famous sebagai salah 1 destinasi memancing terbaik di negeri Johor. Pelbagai spesies ada disekitar perairan ni. Antara spesies buruan yg sangat sinonim dgn Sungai Johor ialah sang kakap @ Siakap @ Amoi @ Barramundi, selain dari tu spesies Tanda, Tebal Pipi, Pari & Kerapu juga tangkapan yg famous kat sini. Ada jugak spesies lain, tp agak rare di lokasi ni, contohnya udang lipan, senangin, tenggiri juvana, jenahak, merah dll. Setelah lama terjebak dalam dunia hanyir ni, kami da test merakit hampir semua rakit yg ade kat sg Johor ni. Ikut dr experience yg lepas2, setakat ni Rumah Rakit area Johor Lama @ Telok Sengat & Tanjung Buai adalah yg terbaik dari segi hasil tangkapan. Cukup la mukaddimah yg panjang ni. Nak dijadikan cerita, aku & man plan sesi memancing ringan2 kat rakit Johor Lama pada 17/1/2014, antara rakit yg glamer kat sini, rakit Haji Mahadi, ade rakit putih, rakit beting, rakit hijau & rakit tukun. Tarikh yg kami pilih ni jatuh pada public holiday, cuti sempena Thaipusam. Nasib baik dah book awal2, tu pon kami terpaksa berpuas hati dapat rakit putih, sedangkan ikut plan awal nak ke rakit tukun. Public holiday la katakan, sure ramai kaki pancing turun. Biar la gambar berbicara, hasil Alhamdulillah, tp saiz gadang x kelihatan pulak kali ni.. Geng komplot.. Azman, Din & geng baru Am 1st time g komplot aku xyah drive hihihi tq Azhar Ni Upah azhar drive kete.. pari sekilo lebih.. ni mcm sangkut badan je.. leh kira point ke? hihihi Muka ada senyum.. ok lesen 2014 aku, tanda curut, jd la.. Kasar gelama azhar Yg ni aku terkilan, joran da lentur abes, karau punye karau terlucut plak, mesti glamer ni da mkn umpan pastu datang sang kerapu baham, syg x hook up, xde rejeki gua.. Belangkas pon ado.. mancing tebal pki yoyo hihihi Lesen tebal 2014 aku, jadi la yg curut, janji renew hehehe Pagi2 da naik yg ni.. pki yoyo lg.. udang lipan @ udang boxing.. jaga2 tanduk dia tajam woo Penutup komplot, aku dgn tanda juvana Hasil kesuluruhan, byk glamer da.. Penat mancing mesti lapor, so xde tempat lain yg nak dituju selain Mak Lam Seafood Telok Sengat.. mmg tiptop, terbaik n murah.. |
You are subscribed to email updates from memancing di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan