Pancing Johor: BLOG JOHOR: 01 di mersing - Google Blog Search ... - Memancing di Johor
<b>Pancing Johor</b>: BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> mersing - Google Blog Search <b>...</b> - Memancing di Johor |
- <b>Pancing Johor</b>: BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> mersing - Google Blog Search <b>...</b>
- Pertandingan <b>Memancing Di</b> Tanjung Emas Muar | Satu <b>Johor</b>
- Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat” Kulim 2013 | JTimes
<b>Pancing Johor</b>: BLOG <b>JOHOR</b>: 01 <b>di</b> mersing - Google Blog Search <b>...</b> Posted: 22 Jan 2014 01:38 PM PST Mersing merupakan syurga bagi pemancing tetapi ramai dikalangan pemancing tercari-cari tempat terbaik untuk memancing dikawasan sungai yang diketahui banyak terdapat spesis ikan untuk dikail. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan warga tempatan atau anak-anak muda sekitar Mersing merealisasikan hobi memancing ialah di Sungai Mawar,dimana menjadi port saya sejak tahun 80'an lagi. Sungai Mawar terletak di mukim Tanjung Resang iaitu jalan menuju ke Penyabong, dengan melalui jalan ke Endau dan memasuki simpang ke Tanjung Resang iaitu di Batu 7 atau jalan internatif lain iaitu memasuki simpang Air Papan kemudian memasuki persimpangan ke Penyabong akan menemukan jalan ke destinasi iaitu Sungai Mawar. Kebanyakan Jambatan telah dikuatkuasa agar tidak dibenarkan memancing ada juga jambatan yg masih boleh dijadikan port memancing seperti di Jambatan Sg.Mawar tetapi kerap pemancing memancing di waktu malam kerana kurangnya kenderaan melaluinya atau elak dari pancaran matahari disiang hari. Ianya popular sejak dari jambatan kayu lagi ,sekarang jambatan Sg.Mawar telah dinaik taraf menjadi jambatan batu (dibina sekitar awal tahun 2000) SIAKAP DIBURU MANCING ATAS JAMBATAN BATU PEROLEH IKAN BESAR Memperoleh ikan besar seperti pari adalah tidak mustahil kerana Jambatan Sg.Mawar kedudukannya merupakan kuala sungai dimana keluar masuknya ikan-ikan dari laut. Seandai ikan Pari telah tersangkut dimata kail,usah bermain dengannya kerana pari sifatnya gemar melekap dipasir,biarlah pari menjadi lemah. Harus diingat ,usah mengangkat ikan pari yang telah lemah dari atas jambatan kerana kudrat kita tidak mampu, jika pun larat mustahil pari berjaya dinaikkan iaitu kerana bebanannya menyebabkan 'terlucut' atau mulut pari akan 'rabik'.Jadi langkah terbaik,iaitu bawalah pari ke arah tebing (tunda perlahan-lahan dari atas jambatan) agar tidak berputih mata orang cakap. Diharap dengan info yang telah saya berikan dapatlah berkongsi dengan rakan-rakan pemancing yang masih tercari-cari lokasi memancing terutama di daerah sekitar Mersing atau berhajat mencuba tempat baru. Seperti peribahasa "dimana ada kemahuan,disitu ada jalan". Selamat memancing dari: Halaman Pengail Zulkiffleeh |
Pertandingan <b>Memancing Di</b> Tanjung Emas Muar | Satu <b>Johor</b> Posted: 24 Dec 2013 01:44 AM PST
|
Cabaran <b>Memancing</b> 'Eco Boat” Kulim 2013 | JTimes Posted: 26 Nov 2013 05:16 PM PST KOTA TINGGI 26 Nov.- Hadiah lumayan keseluruhan berjumlah RM20,500 menanti kaki pancing dalam Cabaran Memancing 'Eco Boat" Kulim 2013 yang akan berlangsung di Sungai Johor, Ladang Basir Ismail (Nam Heng), Ulu Tiram, Johor pada hari Ahad 1 Disember ini. Pertandingan sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Johor tersebut adalah anjuran Kulim Malaysia Berhad dengan kerjasama Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd dan Joran Bagus Sdn Bhd dan ianya terbuka kepada semua warga Malaysia khususnya rakyat Johor. Pengarah Urusan Joran Bagus Sdn Bhd, Azmi Nan berkata, juara pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai RM6,000 dan hamper. Menurutnya, pemenang tempat kedua pula akan menerima RM2,000 manakala tempat ketiga (RM1,000) dan keempat (RM500) beserta hamper. "Setiap pemenang layak memenangi lebih daripada satu hadiah dan terbuka kepada orang ramai khususnya kaki pancing untuk menyertai pertandingan ini," katanya yang ditemui di sini. Azmi berkata, bagi pemenang dari tempat kelima hingga ke-10pula masing-masing akan menerima RM300 manakala tempat ke-11 hingga ke-20 mendapat RM200 dan tempat ke-21 hingga ke-30 mendapat RM100 di samping hamper produk Azmi Food Marketing. Beliau berkata, pertandingan yang akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu membenarkan peserta mendaftar dua batang joran. Ujarnya, setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM100 dimana sebanyak 300 helai T'Shirt disediakan untuk pendaftar terawal. Juara pertandingan ini ditentukan bagi ikan terberat. "Di samping itu penganjur turut menyediakan hadiah RM500 serta hamper bagi bot tangkapan paling banyak selain mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan sebanyak 13 hadiah menarik antaranya motosikal, barangan pancing dan hamper. Bagi mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut boleh mendaftar secara 'walk-in' di Kedai Pancing Joran Bagus Kota Tinggi dan Pejabat IPPJ Sdn Bhd di Komtar, Johor Bahru atau menghubungi 07-222 1767, 012-785 1505, 019-715 4000, 017-7243823 dan 013-742 6187. |
You are subscribed to email updates from memancing di johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan